Tentang Pertubuhan Nadi Haiwan
Nadi Haiwan menyatukan penyelamat, pemberi makan dan klinik veterinar panel di bawah satu pertubuhan berdaftar. Sesiapa yang menemui haiwan dalam kesusahan boleh membawanya ke klinik panel tanpa menanggung kos, dan setiap ringgit yang kami terima dan belanjakan dipaparkan secara terbuka.
Visi
Menjadi nadi harapan bagi haiwan terbiar, iaitu pertubuhan yang paling dipercayai untuk menyelamat, merawat dan mencarikan keluarga angkat bagi haiwan di seluruh Malaysia.
Misi
- Menyelamat, merawat dan memulihkan haiwan terbiar, sakit atau cedera, terutamanya kucing.
- Mengawal populasi haiwan terbiar secara berperikemanusiaan melalui pensterilan, dengan pelepasan semula sebagai pilihan terakhir.
- Menjalin kerjasama dengan penyelamat, pemberi makan, klinik veterinar dan agensi kerajaan.
- Mengamalkan ketelusan penuh dalam pengurusan kewangan.
- Membina operasi yang mampan melalui pendapatan sendiri, bukan derma semata-mata.
Maklumat pertubuhan
- Nama
- Pertubuhan Nadi Haiwan (PNH)
- Taraf
- Pertubuhan bukan berasaskan keuntungan
- Pendaftaran
- Permohonan NSID-013-02112026, menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
- Ditubuhkan
- Mesyuarat penubuhan, 1 November 2026
- Alamat berdaftar
- 232, Lorong Nibong, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur
- E-mel
- admin@nadihaiwan.org
- Telefon
- 018-288 0427
Perlembagaan dan sijil pendaftaran akan dipaparkan di sini selepas kelulusan.
